Muzium AI cipta dunia Amazon interaktif

Iklan
Seorang pengunjung merasai pengalaman visualisasi imersif daripada pameran sulung Machine Dreams: Rainforest yang dipamerkan di Dataland, Muzium Seni AI di Los Angeles.

LOS ANGELES - Bunyi kicauan burung macaw, bau tanah basah selepas hujan dan pusaran berwarna-warni akan membawa pengunjung dari sebuah muzium di Los Angeles ke tengah-tengah hutan hujan Amazon atau lebih tepat lagi versi rimba yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI).

Data yang dikumpulkan daripada pergerakan, degupan jantung dan suhu kulit pengunjung digunakan untuk memberi input kepada sistem komputer yang mencipta pameran imersif tersebut melalui rangkaian penderia termasuk yang dipakai pada pergelangan tangan pemegang tiket.

Iklan
Iklan

Model berkenaan akan mencipta pengalaman yang sentiasa berubah-ubah dengan menggunakan berbilion imej dan data.

Machine Dreams: Rainforest ialah pameran sulung di Dataland, sebuah muzium baharu di pusat bandar Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) yang diasaskan oleh Refik Anadol bersama Efsun Erkilic dengan karya animasi yang dihasilkan menggunakan 10 juta baris kod yang menjadi tunjang kepada animasi dipaparkan melalui 1.5 bilion piksel.

Iklan

Anadol berkata, beliau mendapat inspirasi selepas melawat Amazon di Brazil.

Data.Chocolate iaitu koleksi rasa yang dihasilkan bersama Valerie Confections dipamerkan untuk dinikmati pengunjung sebagai pengalaman deria rasa.

Iklan

"Saya percaya semua orang patut merasai pengalaman mengagumkan itu, namun ia tidak semestinya anda perlu ke sana.

"Persoalannya ialah, bolehkah hutan hujan datang kepada kita? Bolehkah kita masih berhubung, merasai keistimewaan, menghormati, mencintai alam dan mempelajarinya?" ujarnya.

Sistem itu seolah-olah membawa pengunjung ke alam mimpi.

Penderia pada dinding pula akan mengesan pergerakan pengunjung manakala peranti seperti jam tangan perubatan akan memantau emosi dan kadar degupan jantung ketika berinteraksi dengan model tersebut.

Pengunjung turut diberikan peranti penyebar bau mudah alih sepanjang pengalaman itu.

Model berkenaan akan mencipta pengalaman yang sentiasa berubah-ubah dengan menggunakan berbilion imej dan data.

Seorang pengunjung membuat isyarat pada skrin dan kamera untuk berinteraksi dengan paparan visual imersif.

Menurut Erkilic, sistem itu seolah-olah membawa pengunjung ke alam mimpi.

“Ia sentiasa bergerak kerana mengumpul data. Ia turut mempengaruhi keseluruhan penceritaan setiap kali ia membina satu struktur.

“Mesin itu cuba mencipta semula realiti menggunakan data yang dikumpulkan seperti menyusun semula seluruh bahagian kecil untuk membentuk satu gambaran lengkap," jelasnya.

Lengan robotik Qualia Process menghasilkan lukisan minyak berdasarkan data perjalanan pengunjung sepanjang pameran interaktif itu.

Pengunjung juga boleh mencuba coklat dengan rasa yang dijana oleh model tersebut atau mencetak kemeja-T dan lukisan hasil interaksi mereka yang akan menjadi kenangan berbentuk fizikal daripada pengalaman sementara di Dataland.

“Sistem itu 'melupakan anda'. Itulah keunikannya,” kata Anadol sambil menambah Dataland dibuka kepada umum bermula Sabtu. - AFP / SUMBER FOTO: AFP