Lelaki tular duduk hampir 9 jam tepi lebuh raya tampil beri penjelasan

Iklan
Video memaparkan lelaki berkenaan berada di tepi lebuh raya dalam keadaan menggigil dan dipujuk bomba tular di media sosial.

SHAH ALAM – Lelaki yang tular selepas ditemukan berada di tepi lebuh raya selama hampir sembilan jam sebelum dipujuk anggota bomba untuk pulang ke rumah tampil menjelaskan keadaan dirinya dan berharap orang ramai tidak membuat pelbagai andaian berhubung kejadian itu.

Menerusi satu hantaran di akaun Threads miliknya, @alifhairi, lelaki berkenaan memaklumkan dia berada dalam keadaan baik selain berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat serta mendoakan kesejahteraannya.

Iklan
Iklan

“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya lelaki dalam video tersebut. Alhamdulillah, semua baik-baik sahaja.

“Biasalah, air ada pasang surut, tetapi apabila tiba-tiba berlaku banjir besar, kita terkejut juga. Kena ambil masa untuk surutkan kembali.

Iklan

Alif Hairi tampil menjelaskan situasi yang dihadapinya selepas video berkenaan tular di media sosial

Sebelum itu, video memaparkan lelaki berkenaan berada di tepi lebuh raya dalam keadaan menggigil telah tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Iklan

Memetik laporan media, Pegawai Bomba Kanan I Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, Nor Azam Abd Rahman berkata, kejadian itu disedari kira-kira jam 9 pagi pada Jumaat ketika sepasukan anggota bomba sedang dalam perjalanan pulang selepas menyelesaikan satu operasi.

Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) mengenai seorang lelaki yang berada di tepi lebuh raya sebelum bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, lelaki tersebut ditemukan berhampiran sebuah motosikal Yamaha RX-Z dalam keadaan lencun selepas dipercayai terkena hujan lebat.

“Saya difahamkan dia sebenarnya telah berada di situ sejak jam 1 pagi,” katanya seperti dipetik laporan berkenaan.

Laporan sama turut memetik Nor Azam sebagai berkata, ketika anggota bomba cuba mendapatkan penjelasan mengenai apa yang berlaku, lelaki berkenaan pada mulanya hanya berdiam diri dan menggigil kesejukan.

Bagaimanapun, menyedari keadaan lelaki itu ketika itu, anggota bomba mengambil pendekatan berhemah dengan menenangkan serta memujuknya.

“Selepas hampir 15 minit dipujuk, lelaki itu akhirnya akur dengan nasihat yang diberikan sebelum mula mengemas barang-barangnya untuk pulang ke rumah,” katanya.

Nor Azam turut tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan berdepan tekanan atau masalah peribadi sehingga memilih untuk berada di lokasi tersebut dalam tempoh yang lama.