Pada aksi di Macau East Asian Games Dome, beregu campuran profesional negara Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing menjadi wakil pertama yang terkandas apabila tewas kepada pilihan utama dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, 11-21, 22-24.
Iklan
Iklan
Turut menerima nasib sama ialah beregu lelaki profesional Low Hang Yee-Ng Eng Cheong selepas disingkirkan pasangan pilihan keempat dari Indonesia, Ali Faathir Rayhan-Devin Artha Wahyudi, 12-21, 12-21.
Cabaran beregu wanita negara Ong Xin Yee-Carmen Ting yang juga pilihan kedua kejohanan, turut berakhir di separuh akhir apabila tunduk kepada juara Terbuka Thailand dari China, Bao Li Jing-Cao Zi Han, 18-21, 13-21.
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki Eogene Ewe yang mencipta kejutan menewaskan pilihan kedua dari Singapura, Jason Teh, semalam, gagal meneruskan momentum apabila tewas kepada pemain China, Hu Zhe An, 15-21, 18-21.
Melengkapkan senarai kegagalan wakil negara, satu lagi beregu lelaki Chia Weijie-Teo Ee Yi, turut tersingkir selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Jin Yong-Lee Jongmin, 4-21, 11-21. - Bernama