Trafik Selat Hormuz kembali sibuk

Iklan
Sebahagian daripada ratusan kapal terkandas sejak awal Mac lalu. - Foto AFP

TEHERAN - Trafik perkapalan melalui Selat Hormuz meningkat kepada tahap paling sibuk dalam tempoh dua bulan selepas perjanjian untuk menghentikan perang Amerika Syarikat (AS)-Iran, menurut pemantau maritim pada Jumaat.

Data firma penjejakan AXSMarine menunjukkan kira-kira 25 kapal melintasi laluan strategik itu sejak dibuka semula pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Jumlah sebenar mungkin lebih tinggi kerana beberapa kapal telah mematikan atau mengubah suai isyarat transponder AIS mereka bagi mengelakkan pengesanan,' ujarnya.

Ia merupakan jumlah tertinggi semenjak pertengahan April iaitu lebih tiga kali ganda daripada purata kira-kira tujuh kapal sehari sejak awal Mac.

Iklan

Tentera laut Pakistan pada Jumaat turut mengeluarkan amaran bahawa satu periuk api telah dikesan di perairan berhampiran Oman.

“Kesemua kapal yang melalui kawasan itu dinasihatkan supaya berwaspada,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Pada masa sama, pihak berkuasa Selat Hormuz turut mengeluarkan peraturan baharu bagi transit sepanjang tempoh 60 hari seperti terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) dipersetujui Washington dan Teheran.

Menerusi hantaran di platform X, ia berkata semua kapal yang ingin melintasi Selat Hormuz perlu mengemukakan permohonan transit sekurang-kurangnya '48 jam lebih awal'.

Ia turut memaklumkan bahawa bayaran 'cukai' dan 'insurans' akan dikecualikan bagi kapal yang melalui laluan tersebut sepanjang tempoh tersebut. - AFP