Tempat duduk Muhyiddin di Dewan Rakyat beralih ke Blok E

Iklan
Muhyiddin. Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipindahkan ke Blok E berdasarkan pelan susunan terkini tempat duduk Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang dikemas kini di Laman Web Rasmi Parlimen setakat Jumaat.

Kedudukan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin kekal tidak berubah apabila terus menduduki kerusi di barisan hadapan blok pembangkang.

Iklan
Iklan

Hamzah ditempatkan bersebelahan Ahli Parlimen Kemaman yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, manakala Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang berada di sebelah Ahmad Samsuri.

Muhyiddin berada di Blok E, susulan kedudukan terkini Dewan Rakyat.

Iklan

Muhyiddin sebelum ini memegang jawatan Pengerusi PN duduk di sebelah Ketua Pembangkang.

Berdasarkan takwim menerusi portal Parlimen, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 dijadualkan berlangsung selama 16 hari bermula dari 22 Jun hingga 16 Julai ini.

Iklan

Mesyuarat pertama Dewan Rakyat berakhir pada 3 Mac lepas, setelah bersidang selama 20 hari.

Kedudukan dan susulan baharu Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, timbul khabar angin mendakwa persidangan Dewan Rakyat ditiadakan bagi memberikan laluan kepada pelaksanaan pilihan raya di beberapa negeri di Semenanjung.

Persidangan itu dijangka memberi tumpuan dengan pelbagai isu politik termasuk perkembangan terkini dalam blok pembangkang susulan perubahan kepimpinan yang berlaku dalam PN.