'Kami sepatutnya nikah Jumaat depan' - Tunang Dinie Hanis

Iklan
Mohamad Alif Iskandar dan Dinie Hanis merancang tema pakaian pengantin berwarna putih untuk majlis perlahwinan mereka.

TEMERLOH - Hasrat Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy, 23, mendirikan rumah tangga bersama seorang anggota tentera Jumaat minggu depan tidak kesampaian apabila dia dan adiknya, Dinie Nasuha, 19, maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 24, Jalan Temerloh-Bandar Jengka dekat Felda Jengka 19 pada Jumaat.

Tunang mangsa, Mohamad Alif Iskandar Azhar, 24, berkata, mereka berdua menghitung detik menunggu saat bahagia itu selepas semua persiapan siap sepenuhnya.

Iklan
Iklan

"Walaupun masih terkejut dengan kematiannya, saya tetap reda dengan takdir yang sudah ditentukan ALLAH," katanya.

Mohamad Alif Iskandar menyiram pusara tunangnya yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gau Baru di sini pada Sabtu.

Iklan

Mohamad Alif Iskandar ditemui selepas selesai majlis pengebumian jenazah tunang dan bakal adik iparnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gau Baru di sini pada Sabtu.

Anggota tentera yang bertugas di Kuala Lumpur itu berkata, mereka sudah merancang tema pakaian pengantin berwarna putih untuk majlis perlahwinan nanti.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik perempuan maut dalam nahas

Jenazah dua beradik maut nahas dikebumi satu liang lahad

"Pilihan warna putih dipilih kerana sesuai dengan pakaian istiadat tentera yang bakal saya pakai pada hari bahagia itu.

"Segala yang kami rancang dan siapkan itu kini tidak tinggal kenangan," katanya dengan nada sayu.

Dinie Hanis dan adiknya, Dinie Nasuha maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 24, Jalan Temerloh-Bandar Jengka dekat Felda Jengka 19 pada Jumaat.

Berkongsi saat terakhir bersama arwah tunangnya itu, Mohamad Alif Iskandar berkata, dia sudah mengambil cuti sempena majlis tersebut.

"Semalam (Jumaat) dia ada hubungi melalui telefon sebelum keluar ke tempat berniaga di Bandar Jengka.

"Dia berpesan supaya berhati-hari memandu sebelum menamatkan panggilan. Kami sepatutnya bertemu sebelum majlis namun panggilan yang diterima dari kakaknya petang semalam mengubah segalanya," ujarnya.

Dinie Hanis dan adiknya, Dinie Nasuha maut selepas Toyota Ulser dinaiki dalam perjalanan ke tempat berniaga bertembung dengan kereta di lokasi kejadian.

Dinie Hanis dan adiknya Dinie Nasuha maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Ulser dinaiki dalam perjalanan ke tempat berniaga bertembung dengan kereta di lokasi kejadian.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan kira-kira jam 7.25 malam itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala Bandar Jengka bertembung dengan kereta jenis Perodua Axia dari arah bertentangan.