Ahli perniagaan wanita Vietnam didakwa edar kaki ayam tercemar bernilai RM54 juta

Iklan
Polis Vietnam mendakwa dua wanita di Hanoi kerana mengimport kira-kira 10,000 tan metrik kaki ayam tercemar bernilai ASS$13 juta (RM54 juta). Gambar hiasan

PHNOM PENH -  Polis Vietnam mendakwa dua wanita di Hanoi kerana mengimport kira-kira 10,000 tan metrik kaki ayam tercemar bernilai ASS$13 juta (RM54 juta) dari negara dengan penyakit ayam dan mengedarkannya ke kedai tempatan.

Kedua-dua suspek berusia pertengahan 40-an, yang mengimport 339 kontena kaki ayam beku, didakwa di ibu negara pada Jumaat atas perniagaan haram mereka sejak tiga tahun lepas, lapor Vietnam News.

Iklan
Iklan

Penyiasat menyerbu dua gudang penyimpanan sejuk dan turut menemukan lebih 2,000 tan kaki ayam beku, termasuk 260 tan produk tamat tempoh dipercayai sedia untuk diedarkan.

Menurut pihak berkuasa, produk untuk diedarkan itu telah tamat tempoh malah berkulat dan berbau busuk, menurut laporan berkenaan.

Iklan

"Di bawah peruntukan undang-undang, produk ayam yang berasal dari negara yang mempunyai penyakit ayam aktif hanya boleh memasuki negara ini untuk diproses dan dieksport semula dan tidak boleh dijual di dalam negara,” lapor Vietnam News.

Kedua-dua ahli perniagaan itu mengisytiharkan kepada Jabatan Kastam bahawa barangan itu diimport untuk diproses dan kemudiannya untuk dieksport semula. Syarikat gagal membayar cukai yang ditetapkan.

Iklan

Laporan tidak mendedahkan dari negara mana kaki ayam itu diimport.

Kaki ayam ialah makanan istimewa yang popular di rantau Indochina dan dihidangkan sebagai pembuka selera atau dalam hidangan rebus atau panggang.

Kedai makan mewah sehinggalah gerai penjaja mempunyai kaki ayam dalam menu mereka.- Bernama