Australia kesan kes pertama selesema burung H5

Iklan
Strain H5 telah menyebabkan penyakit serius dan kadar kematian yang tinggi dalam kalangan unggas, burung liar dan mamalia yang terjejas di seluruh dunia. - Foto Agensi

SYDNEY - Saintis mengesan strain selesema burung H5 di Australia buat kali pertama, sekali gus menjadikan varian berjangkit itu kini telah merebak ke benua di seluruh dunia.

Menteri Pertanian, Julie Collins berkata, virus itu dikenal pasti pada seekor burung laut migrasi spesies brown skua di kawasan Australia Barat.

Iklan
Iklan

"Sampel daripada seekor lagi burung yang sakit iaitu giant petrel yang ditemukan di kawasan sama turut menunjukkan keputusan positif dijangkiti virus berkenaan," ujarnya.

Sebelum ini, Canberra merupakan satu-satunya benua yang belum merekodkan ancaman strain H5 yang mampu menjejaskan populasi ternakan unggas dan burung liar secara besar-besaran.

Iklan

Sementara itu, Pesuruhjaya Spesies Terancam, Fiona Fraser memaklumkan kerajaan mempunyai pelan untuk melindungi 35 spesies haiwan melalui usaha mempergiat program pembiakan dalam kurungan.

Strain H5 telah menyebabkan penyakit serius dan kadar kematian yang tinggi dalam kalangan unggas, burung liar dan mamalia yang terjejas di seluruh dunia.- AFP

Iklan