Hujan lebat, ribut petir dijangka landa tiga negeri, Labuan

Iklan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 3 petang ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 3 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Iklan
Iklan

Amaran sama dikeluarkan membabitkan kawasan Sarikei (Julau), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri dan Limbang (Limbang).

Sementara itu di Sabah, keadaan sama dijangka melanda Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas). - Bernama 

Iklan

 

 

Iklan