Gol 71 saat Ismael Saibari terpantas di Piala Dunia 2026

Iklan
Ismael Saibari melepaskan voli padu yang menggegar jaring Scotland di awal permainan. - Foto: Agensi

ISMAEL Saibari mencipta sensasi apabila menjaringkan gol sepantas 71 saat untuk membantu Maghribi menewaskan Scotland 1-0 dalam perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia 2026 di Stadium Boston pada Sabtu.

Pemain tengah itu hanya memerlukan sedikit masa selepas sepak mula untuk meletakkan pasukannya di depan apabila menerima hantaran jauh ke dalam kawasan penalti Scotland sebelum mengawal bola ke sebelah kanan dan melepaskan rembatan leret ke penjuru gawang.

Iklan
Iklan

Jaringan awal itu sekali gus memberi kelebihan besar kepada Morocco yang dilihat lebih yakin mengawal rentak permainan selepas gol pembukaan tersebut.

Saibari yang beraksi bersama PSV Eindhoven sebelum kini turut mencuri tumpuan selepas menjaringkan gol dalam perlawanan terdahulu ketika menentang Brazil.

Iklan

Rekod jaringan 71 saat itu menjadi yang terpantas pernah direkodkan Maghribi dalam tujuh penyertaan mereka di pentas Piala Dunia.

Dalam konteks keseluruhan kejohanan, hanya jaringan Asamoah Gyan ketika mewakili Ghana menentang Republik Czech pada edisi 2006 lebih pantas dalam kalangan pemain Afrika apabila dia menjaringkan gol selepas 68 saat.

Iklan

Bagaimanapun, rekod dunia masih dipegang oleh legenda Turkiye, Hakan Şukur yang meledak gol hanya selepas 11 saat ketika menentang Korea Selatan pada Piala Dunia 2002.