Jenazah suami Nancy Shukri selamat dikebumikan di Kuching

Iklan
Faeroz Kamil membetulkan kain yang menutupi jenazah ayahnya Allahyarham Datuk Kamil Misuari, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, selepas selesai solat jenazah di Masjid Negara semalam. - Foto: Bernama

KUCHING - Jenazah Datuk Kamil Misuari, suami kepada Datuk Seri Nancy Shukri, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini pada 5.15 petang tadi.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi pengebumian Allahyarham yang dihadiri kira-kira 100 orang, terdiri daripada anggota keluarga dan sahabat terdekat.

Iklan
Iklan

Terdahulu, jenazah Allahyarham diterbangkan dari Kuala Lumpur dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 12.50 tengah hari tadi sebelum dibawa ke kediaman keluarga bagi solat jenazah.

Semalam, Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi satu kenyataan memaklumkan Kamil meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada usia 65 tahun.

Iklan
Iklan

Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Nancy pada 1985 dan dikurniakan tiga orang anak. - Bernama