UAE larang bawah 15 tahun guna media sosial

Iklan
Syarikat media sosial diberikan tempoh sehingga 12 bulan untuk mematuhi peraturan baharu tersebut. Foto Agensi

DUBAI - Emiriah Arab Bersatu (UAE) menetapkan had umur minimum untuk penggunaan media sosial, sekali gus menjadi negara Arab pertama memperkenalkan sekatan tegas sedemikian.

Di bawah resolusi diluluskan pada Khamis, individu di bawah usia 15 tahun dilarang mewujudkan, menggunakan atau mengendalikan akaun media sosial peribadi.

Iklan
Iklan

Menurut Pejabat Media di Dubai, larangan itu bermakna mereka tidak dibenarkan memuat naik kandungan, mengulas, berkongsi hantaran atau menyertai kumpulan awam.

Remaja berusia 15 dan 16 tahun pula dibenarkan menggunakan platform media sosial, namun tertakluk kepada langkah perlindungan yang lebih ketat termasuk kawalan kandungan yang bersesuaian dengan umur.

Iklan
Iklan

Difahamkan, syarikat media sosial diberikan tempoh sehingga 12 bulan untuk mematuhi peraturan baharu tersebut. - Agensi