Tular sotong 'gemuk' isi ikan, peniaga tampil beri penjelasan
Iklan
Penguat kuasa KPDN menjalankan pemeriksaan terhadap gerai menjual sotong dan makanan laut di Pasar Besar Kota Kinabalu susulan tular aduan mendakwa sotong berisi ikan.
KOTA KINABALU - Sotong dan ikan ditangkap secara bercampur selain kewujudan sisa makanan di dalam perut sotong dipercayai menjadi punca makanan laut itu mengandungi ikan ketika dijual di pasaran.
Itu penjelasan peniaga selepas sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menjalankan pemeriksaan susulan aduan tular di media sosial berhubung dakwaan sotong yang dijual di Pasar Besar Kota Kinabalu mengandungi ikan di dalamnya.
Iklan
Iklan
Pengarah KPDN Sabah, Shahril Nizam Shahidin berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai aduan tersebut sebelum menggerakkan satu pasukan operasi ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan mendapatkan penjelasan daripada peniaga yang terlibat.
"Hasil siasatan awal mendapati peniaga memaklumkan bahawa keadaan tersebut bukan dilakukan secara sengaja bagi menambah berat timbangan.
Iklan
"Selain itu, bahagian dalam sotong sememangnya mengandungi sisa makanan daripada habitat semula jadinya yang dalam keadaan tertentu masih boleh menyerupai bentuk seekor ikan yang belum hadam sepenuhnya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati peniaga berkenaan secara keseluruhannya mematuhi perundangan di bawah bidang kuasa KPDN.
Iklan
"Pemeriksaan turut mendapati tanda harga dipamerkan dengan jelas kepada pengguna, manakala alat timbang yang digunakan masih mempunyai sijil penentusahan yang sah dan berada dalam tempoh yang dibenarkan.
"Bagaimanapun, KPDN Sabah telah memberikan teguran serta nasihat kepada peniaga supaya menjalankan pemeriksaan yang lebih teliti terhadap semua hasil dan produk makanan laut sebelum dipasarkan kepada pengguna.
"Langkah ini penting bagi memastikan produk yang dijual berada dalam keadaan baik, mengelakkan kekeliruan pengguna serta meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap amalan perdagangan yang dijalankan," katanya.
Shahril Nizam menegaskan bahawa KPDN Sabah akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat bukti berlakunya pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa kementerian.
"Pengguna juga disaran menyalurkan sebarang aduan melalui saluran rasmi KPDN bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil," katanya.
Bertahun-tahun menitipkan doa kepada kenalan yang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah, agar hati dibukakan untuk menerima Islam, akhirnya doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah dimakbulkan apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.
Selepas lebih 10 tahun mencari pegangan hidup, Ruddy, 58, akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengambil keputusan memeluk agama itu bersama isteri Datin Seri Asiah Udin bersama anak bongsu mereka, Aswady, 26.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793183/edisi/sabah-sarawak/sebut-nama-saya-di-makkah-doakan-saya-jadi-muslim-adun-pitas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.