Polis Jakarta kerah lebih 4,000 anggota menjelang demonstrasi di lima lokasi

Iklan
Polis mengerahkan 4,263 anggota bagi mengawal demonstrasi yang dijadual berlangsung di 5 lokasi di sekitar Jakarta Pusat pada Jumaat. - Foto: Central Jakarta Police

JAKARTA - Polis mengerahkan 4,263 anggota bagi mengawal demonstrasi yang dijadual berlangsung di lima lokasi di sekitar Jakarta Pusat pada Jumaat.

Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jakarta Pusat, Inspektor Erlyn Sumantri berkata, anggota terbabit ditempatkan bagi memastikan demonstrasi berlangsung dalam keadaan selamat dan teratur.

Iklan
Iklan

"Kami berada di sini untuk berkhidmat kepada saudara-saudara kita yang ingin menyuarakan aspirasi mereka,” katanya seperti dipetik Agensi Berita Antara pada Jumaat.

Demonstrasi yang melibatkan petani, pelajar dan kumpulan belia itu akan berlangsung di kawasan Monas Selatan, kompleks Parlimen (DPR/MPR), Bulatan Hotel Indonesia (HI), Tugu Tani serta Kementerian Kewangan sepanjang hari.

Iklan

Demonstrasi yang dirancang itu berlangsung seminggu selepas lebih 1,000 pelajar dan anggota masyarakat mengadakan protes aman di Jakarta Pusat pada 12 Jun bagi membantah peningkatan kos sara hidup, harga bahan api serta beberapa dasar kerajaan. - Bernama

 

Iklan