Tragedi grenad bukan cerminan SOP ATM

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai tragedi letupan di Kem Hobart, Kota Sarang Semut, Kedah.

SHAH ALAM – Insiden yang meragut nyawa dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) ketika latihan membaling bom tangan dianggap sebagai kemalangan yang jarang berlaku dan tidak semestinya menggambarkan kelemahan prosedur operasi standard (SOP) latihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berkata, latihan membaling bom tangan atau grenad merupakan antara latihan asas yang wajib dilalui anggota tentera dan mempunyai prosedur keselamatan ketat.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenad

Letupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorban

Iklan

Dua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadian

Jenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke Johor

Iklan

Polis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera

Beliau yang juga bekas pegawai dalam Askar Wataniah menegaskan, setiap latihan yang melibatkan bahan letupan sebenar dikendalikan di bawah pengawasan jurulatih berpengalaman dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.

Prebet Siti Khadijah Sungip dan Koperal Norazmi Abu Bakar maut ketika menjalani latihan.

“Kejadian ini ialah satu kemalangan, tetapi latihan membaling bom memang perlu dilakukan oleh mana-mana anggota tentera termasuk Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) dan Wataniah kerana ia sebahagian daripada proses pembentukan dan kesiapsiagaan anggota.

“Sebelum latihan sebenar, anggota atau pelatih diajar tatacara mengendalikan bom, langkah keselamatan serta membaling menggunakan bom latihan atau dummy.

“Semasa di lapang sasar atau tempat membaling bom pula, jurulatih atau penyelia akan berada bersama anggota.

Pada Selasa, Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip maut selepas mengalami kecederaan parah akibat letupan ketika menjalani Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart, Kota Sarang Semut, Kedah.

Dua anggota TDM maut dalam insiden semasa latihan membaling grenad di Kem Hobart pada Selasa.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 10.57 pagi itu turut mengimbau tragedi letupan di lokasi sama pada tahun 1987 yang mengorbankan sembilan anggota tentera.

ARTIKEL BERKAITAN:

Jenazah Prebet Siti Khadijah selamat dikebumikan

Kakak dedah perbualan terakhir Prebet Siti Khadijah

'Sejak kecil arwah minat tentera, mahu ikut jejak saya' - Bapa Prebet Siti Khadijah

'Arwah kata nak jaga kami dulu sebelum kahwin' - Bapa Prebet Siti Khadijah

Letupan di Kem Hobart: TDM hentikan latihan baling grenade, beri ruang siasatan

Zaki berpandangan, tatacara keselamatan sedia ada sudah mencukupi dan sentiasa dipertingkatkan mengikut keperluan semasa.

Beliau berkata, selain penggunaan helmet tempur dan jaket kalis peluru, setiap latihan hanya melibatkan seorang pelatih pada satu-satu masa di kawasan kubu konkrit khas yang direka untuk meminimumkan risiko sekiranya berlaku kecemasan.

Insiden itu berlaku ketika pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia.

“Malah, walaupun seseorang itu anggota berpengalaman atau jurulatih sekali pun, tetap akan ada seorang lagi anggota yang bertindak sebagai penjaga yang memantau dan bersedia memberi bantuan jika berlaku situasi tidak dijangka.

“Berbanding masa lalu, sekarang aspek keselamatan sudah jauh lebih baik apabila anggota dibekalkan dengan kelengkapan perlindungan tambahan,” ujarnya.

Mengenai kewajaran ATM mengkaji semula penggunaan bom sebenar dengan menggantikannya dengan bom latihan atau bom tiruan, Zaki berkata, langkah itu tidak praktikal kerana penggunaan bahan letupan sebenar merupakan fasa penting dalam latihan ketenteraan.