Rohingya: Pulau Bidong sudah mengajar kita

Iklan
Atas dasar kemanusiaan kita membantu tetapi dalam masa sama negara juga perlu memikirkan soal keselamatan dan perancangan jangka panjang. Foto hiasan

APABILA bercakap tentang pelarian Rohingya, Merak Jalanan teringat satu kisah lama yang mungkin sudah dilupakan ramai iaitu tragedi rusuhan Pulau Bidong.

Pada penghujung 1970-an, Malaysia menerima pelarian Vietnam yang melarikan diri akibat peperangan. Bermula dengan hanya 121 orang, jumlah mereka akhirnya meningkat sehingga hampir 250,000 orang.

Iklan
Iklan

Malaysia membantu mereka selama kira-kira 12 tahun atas dasar kemanusiaan. Namun menjelang awal 1990-an, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memutuskan pelarian yang layak akan ditempatkan di negara ketiga, manakala yang gagal saringan perlu dihantar pulang ke Vietnam. Keputusan itu tidak diterima sebahagian pelarian.

Mereka merusuh menggunakan lembing, parang, pedang dan senapang patah kerana enggan pulang. Ada yang menganggap Pulau Bidong sudah menjadi tempat mereka. Akibat kejadian itu, 10 anggota keselamatan Malaysia cedera ketika menjalankan tugas.

Iklan

Merak Jalanan bukan mahu menyamakan pelarian Vietnam dengan Rohingya, tetapi sejarah mengajar bahawa isu pelarian yang berlarutan terlalu lama tanpa penyelesaian jelas boleh menjadi cabaran besar kepada sesebuah negara.

Hari ini Malaysia menempatkan ratusan ribu pelarian dan pencari suaka. Atas dasar kemanusiaan kita membantu tetapi dalam masa sama negara juga perlu memikirkan soal keselamatan dan perancangan jangka panjang.

Iklan

Pulau Bidong pernah menjadi bukti bahawa sesuatu yang bermula dengan simpati boleh bertukar menjadi masalah yang lebih besar jika dibiarkan terlalu lama.

Sejarah tidak semestinya berulang tetapi tragedi Pulau Bidong itu sudah mengajar kita. Jangan pernah kita lupa.