ALOR SETAR - Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 2019 selepas meninggalkan kediaman keluarganya di Johor Bahru ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah rumah di Taman Helang Perdana, Kuah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, terdahulu sepasukan anggota polis bertindak membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira 11 malam semalam selepas menerima maklumat daripada orang awam.