STPM 2025: 98 pelajar raih PNGK 4.0 di Pahang

Iklan
keputusan itu menunjukkan peningkatan 1.44 mata berbanding 82 calon tahun lalu.

KUANTAN - Seramai 98 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 di Pahang.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Yusof Kassim berkata, keputusan itu menunjukkan peningkatan 1.44 mata berbanding 82 calon tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, secara keseluruhan, seramai 1,583 calon mencapai lulus penuh dalam kesemua mata pelajaran yang diambil berbanding 1,698 calon tahun 2024, peningkatan 4.68 mata.

"Daripada 35 sekolah bantuan penuh kerajaan dan dua buah Kolej Tingkatan Enam (KTE) mendaftarkan calon untuk menduduki peperiksaan STPM 2025, 32 sekolah mencapai prestasi lulus penuh 100 peratus dan lima sekolah mencapai kelulusan penuh sekurang-kurangnya 94 peratus.

Iklan

"Berdasarkan keputusan itu, secara keseluruhannya peratus lulus penuh sekolah atau Pusat Tingkatan Enam (PTE) di negeri ini menurun daripada 89.47 peratus kepada 86.48 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2025 Negeri Pahang di sini pada Khamis.

Iklan

Yusof berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan.(SMK) Triang, Bera mendahului senarai 10 PTE terbaik negeri Pahang bagi tahun 2025 apabila memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 3.53 diikuti, SMK Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands (3.50 ); SMK Dong, Raub (3.49) dan SMK Jerantut (3.45 ).

Katanya, turut tersenarai, SMK Selancar, Rompin (3.41); SMK Jengka 16, Maran (3.34); SMK Purun, Bera (3.34); SMK Seri Rompin (3.33 ); SMK LKTP Chini, Pekan (3.26) dan SMK Sulaiman, Bentong (3.22).

Lebih membanggakan katanya, tiga PTE dan tiga calon yang menerima anugerah di peringkat kebangsaan dari negeri ini.

"KTE Astana, Kuantan dan KTE Seri Lipis, Lipis menerima Anugerah Khas Kebangsaan STPM 2025 Kategori KTE Terbaik Kebangsaan manakala SMK Jerantut menerima Anugerah Khas Kebangsaan STPM 2025 Kategori PTE (Mod 2 dan Mod 3) Terbaik Kebangsaan.

"Anugerah Khas Kebangsaan STPM 2025 bagi Kategori Pelajar Terbaik Kebangsaan STPM Aliran Sains Sosial diterima Amelie Gan Yee Wen dari KTE Astana, Kuantan apabila memperoleh 5A dengan skor PNGK 4.00," katanya.

Beliau berkata, Anugerah Khas Kebangsaan STPM 2025 bagi Pelajar Terbaik Kebangsaan STPM Kategori Orang Asli disandang Hazaril Hakimi Hassan dari SMK Temerloh dengan skor PNGK 4.00 (4A).