[INFOGRAFIK] Akta Antibuli: Ibu bapa boleh dikenakan hukuman

Iklan
Ibu bapa kini boleh turut dikenakan liabiliti undang-undang sekiranya anak mereka didapati bersalah melakukan perbuatan buli apabila Akta Antibuli 2026

KUALA LUMPUR - Ibu bapa kini boleh turut dikenakan liabiliti undang-undang sekiranya anak mereka didapati bersalah melakukan perbuatan buli apabila Akta Antibuli 2026 memperkenalkan konsep tanggungjawab bersama terhadap keluarga.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, peruntukan itu antara pembaharuan utama dalam akta berkenaan yang memperluas tanggungjawab terhadap salah laku buli melangkaui pelaku kepada ahli keluarga.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pendekatan itu berbeza daripada kebanyakan kesalahan jenayah yang lazimnya hanya melibatkan pelaku, sebaliknya Akta Antibuli memperuntukkan elemen tanggungjawab bersama yang boleh mengikat keluarga, termasuk berkaitan pembayaran denda yang dikenakan.

BACA LANJUT: Akta Antibuli 2026 letak tanggungjawab bersama kepada ibu bapa - Azalina

Iklan

 

 

Iklan