[INFOGRAFIK] Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus

Iklan
Purata gaji dan upah bulanan warganegara Malaysia meningkat 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025.

PUTRAJAYA - Purata gaji dan upah bulanan warganegara Malaysia meningkat 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 berbanding RM3,652 pada tahun sebelumnya, menurut Laporan Survei Gaji dan Upah Malaysia 2025 diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Isnin. 

Pada masa sama, penengah gaji dan upah bulanan meningkat 5.3 peratus kepada RM2,940 daripada RM2,793 pada 2024. 

Iklan
Iklan

DOSM dalam kenyataan memaklumkan, bilangan penerima gaji dan upah bulanan keseluruhan meningkat kepada 12.01 juta orang berbanding 11.96 juta pada 2024.

Daripada jumlah itu, warganegara Malaysia merangkumi 10.38 juta orang atau 86.4 peratus daripada keseluruhan pekerja bergaji sepenuh masa. 

Iklan

"Sektor perkhidmatan mewakili 71.5 peratus menjadi penyumbang utama kepada peningkatan bilangan penerima upah, meningkat 1.8 peratus kepada 7.42 juta orang. 

"Sementara itu, perlombongan dan pengkuarian kekal sebagai purata gaji dan upah bulanan tertinggi, iaitu RM6,175 diikuti oleh perkhidmatan (RM3,993), pembuatan (RM3,357), pembinaan (RM3,188) dan pertanian (RM2,575)," menurut kenyataan itu. 

Iklan

BACA ARTIKEL PENUH:  Purata gaji, upah bulanan rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025 - DOSM