Tukang kebun didakwa bunuh teman lelaki bekas kekasih

Iklan
Tertuduh Mohammad Farizzal hanya mengangguk faham selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan. Foto Bernama

BATU GAJAH - Seorang tukang kebun dituduh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh teman lelaki bekas kekasihnya, minggu lalu.

Tertuduh Mohammad Farizzal Fazly Mohd Zulkifli, 30, mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maut ditikam dipercayai akibat cemburu

Iklan

Tukang kebun Mohammad Farizzal Fazly Mohd Zulkifly, 30, didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh teman lelaki bekas kekasihnya. Foto Bernama

Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang kontraktor, Muhammad Fahmi Abdullah, 29, di tepi jalan utama, Jalan Trans Perak, dalam Daerah Perak Tengah antara jam 4.30 hingga 5.49 pagi, pada 10 Jun lalu.

Iklan

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 20 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk penyerahan laporan bedah siasat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Muhammad Fahmi Abdullah yang berusia 29 tahun, di tepi Jalan Utama, Jalan Trans Perak dalam daerah Kinta antara 4.30 hingga 5.49 pagi pada 10 Jun lepas. Foto Bernama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Jagdeep Singh Jaswant Singh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Khamis lalu, media melaporkan suspek yang terlibat dalam kes tikam hingga maut seorang lelaki di Kilometer 12, Jalan Trans Perak dekat Kampung Gajah, berjaya ditahan di Terminal Bas Perlis Sentral, Kangar, Perlis kira-kira jam 3.35 petang pada Rabu.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak dan JSJ Perlis. - Awani