Usaha cari kanak-kanak 8 tahun, Putra Faris diteruskan hari ini

Iklan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki, Putra Faris Suhaimi, 8, yang dikhuatiri lemas di Sungai Ganggarak diteruskan. Foto Bernama.

LABUAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki, Putra Faris Suhaimi, 8, yang dikhuatiri lemas di Sungai Ganggarak, Taman Perumahan Ganggarak Permai, diteruskan pagi ini selepas operasi malam tadi dihentikan atas faktor keselamatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Abd Rahman Ali, berkata operasi pencarian pada malam Rabu ditangguhkan sekitar pukul 12 tengah malam berikutan keadaan lokasi yang gelap dan berisiko kepada anggota penyelamat.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, operasi hari kedua disambung semula kira-kira pukul 6 pagi dengan penglibatan pelbagai agensi penyelamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak lelaki lapan tahun dikhuatiri lemas

Iklan

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki, Putra Faris Suhaimi, 8, yang dikhuatiri lemas di Sungai Ganggarak diteruskan. Foto Bernama

“Seramai 64 anggota terlibat dalam operasi ini membabitkan JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Labuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, operasi SAR turut menerima bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) selain sokongan sukarelawan penduduk kampung.

Setakat ini, kawasan pencarian meliputi radius kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Dalam kejadian petang semalam, Pusat Gerakan Operasi JBPM Wilayah Persekutuan Labuan menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 6.36 petang.

Operasi pencarian melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pasukan bomba sukarela serta penduduk kampung.Foto Bernama

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Layangan yang tiba di lokasi kemudian mengesahkan kejadian berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada orang awam sebelum operasi SAR segera dilancarkan.

Usaha mencari mangsa masih diteruskan sehingga kini.

 


Kanak-kanak lelaki usia 8 tahun dikhutiri lemas

LABUAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di Sungai Ganggarak Permai di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan Abdul Rahman Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.36 petang.

Beliau berkata, bomba mengesahkan mangsa sebagai Putra Faris Suhaimi, berusia lapan tahun.

Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.36 petang.

Abdul Rahman berkata, sebanyak 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Layangan digerakkan ke lokasi kejadian dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan setakat 9 malam.

Pasukan bomba mengesahkan laporan orang awam bahawa seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas di sungai berkenaan. Foto APM Labuan

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mengesahkan laporan orang awam bahawa seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas di sungai berkenaan, namun masa sebenar mangsa dilaporkan hilang masih belum disahkan.

Komander operasi segera memulakan SAR dengan anggota menjalankan pencarian di permukaan air dalam usaha mengesan mangsa. Foto Bernama.

"Komander operasi segera memulakan SAR dengan anggota menjalankan pencarian di permukaan air dalam usaha mengesan mangsa,” katanya kepada Bernama pada Rabu.

Abdul Rahman berkata, operasi itu melibatkan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), sebuah kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah kenderaan Hilux Bantuan Asas Hayat (BLS).