Remaja 14 tahun acu pistol, rompak gerai air limau

Iklan
Tangkap layar menunjukkan dua suspek melalui sebuah gerai jualan air limau sebelum melakukan rompakan pada 10 Jun lalu. Foto Jabatan Polis Boston

BOSTON – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun didakwa atas dua pertuduhan rompakan bersenjata di sebuah gerai jualan air limau yang dikendalikan kanak-kanak di bandar ini pada 10 Jun lalu.

Menurut laporan New York Times, kejadian itu berlaku ketika beberapa kanak-kanak sedang mengendalikan gerai jualan air limau sebelum suspek menghampiri mereka sambil mengacukan pistol.

Iklan
Iklan

Suspek kemudian melarikan sejumlah wang tunai yang diperoleh daripada hasil jualan di gerai berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya mengesan dan menahan remaja terbabit sebelum dia didakwa di mahkamah atas pertuduhan rompakan bersenjata.

Iklan

Menurut penyiasat dan ahli keluarga mangsa, remaja itu bersama seorang rakan subahat sudah lama memerhatikan gerai yang dikendalikan dua beradik, Juliette Byrne, 11, dan David Byrne, 12, selepas waktu persekolahan.

Kedua-dua suspek menghampiri mangsa dan bertanya sama ada gerai itu menerima pembayaran menggunakan Apple Pay sebelum merampas sebuah kotak berkunci berwarna merah jambu yang mengandungi wang tunai.

Iklan

Rakaman kamera keselamatan rumah yang dikeluarkan penyiasat menunjukkan suspek memakai topeng ketika melarikan kotak berkunci berkenaan.

Kes berkenaan kini dalam tindakan pihak berkuasa untuk proses perundangan selanjutnya.