KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memukul dan mengugut seorang individu dengan menunjukkan objek menyerupai pistol di sebuah kedai makan di Desa Sri Puteri Cheras di sini pada 9 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.05 pagi.
Iklan
Iklan
"Suspek berusia 31 tahun bertindak memukul dan mengugut individu berusia awal 40-an dengan menunjukkan objek yang menyerupai pistol.
"Suspek telah ditahan di Taman Desa Bakti di sini pada 11 Jun lalu bagi membantu siasataan," katanya.
Mohd Rosdi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.