Wanita warga emas tidak sedarkan diri disengat lebah ketika mendaki

Iklan
Seorang wanita warga emas ditemukan tidak sedarkan diri selepas dipercayai disengat lebah ketika melakukan aktiviti pendakian. Foto JBPM Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita warga emas ditemukan tidak sedarkan diri selepas dipercayai disengat lebah ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Sungai Lembu di sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.35 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam terus ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum pasukan bomba membawanya turun ke kaki bukit dan diserahkan kepada pasukan perubatan sebelum dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya, empat anggota bomba termasuk penyelia dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) terlibat dalam operasi itu yang turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum ditamatkan pada 8.46 malam.- Bernama

Iklan
Iklan