Hormati hasrat Bersatu ingin kekal dalam PN - Annuar Musa

Iklan
Annuar berkata, hasrat Bersatu ingin kekal dalam gabungan PN perlu dihormati oleh semua pihak.

SHAH ALAM - Hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ingin kekal dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) perlu dihormati oleh semua pihak, kata Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata, ketetapan itu bagaimanapun terpulang kepada ahli anggota PN untuk menentukannya.

Iklan
Iklan

"Hasrat Bersatu ingin kekal dlm PN perlu dihormati. Terpulang kepada ahli anggota PN menentukannya," ujarnya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk kekal dalam PN dan akan menggunakan logo gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta Negeri Sembilan.

Iklan

Beliau menegaskan tidak ada mana-mana pihak boleh mengambil tindakan menyingkirkan Bersatu daripada gabungan itu secara 'unilateral'.

Jelas Ahli Parlimen Pagoh itu, terdapat fasal-fasal yang perlu dipatuhi mengikut Perlembagaan PN antaranya mesti ada konsensus dalam erti kata lain tidak boleh sepihak sahaja dan kesemua parti anggota mesti bersetuju.

Iklan