KUANTAN - Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tiga tan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta di Kuala Lipis malam ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 9.03 malam sebelum sepasukan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis digegaskan ke lokasi.