Wanita maut aktiviti terjun tali: Tiga jurulatih didakwa membunuh

Iklan
seorang wanita maut terjatuh lebih 40 meter dari sebuah jambatan di Limeira, Brazil, dipercayai akibat kegagalan memastikan mangsa dipasang dengan tali keselamatan. Foto tular.

SAO PAULO - Tiga jurulatih aktiviti terjun tali didakwa atas tuduhan membunuh selepas seorang wanita maut terjatuh lebih 40 meter dari sebuah jambatan di Limeira, Brazil, dipercayai akibat kegagalan memastikan mangsa dipasang dengan tali keselamatan.

Mangsa, Maria Eduarda Rodrigues de Freitas, 21, dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu selepas dicampakkan dari Jambatan Skeleton ketika menyertai aktiviti lasak berkenaan.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa menahan Luis Felipe Feliciano Egoroff, 32, Vitor de Freitas Goncalves, 27, dan Maicon Fernandes Cintra, 42, pada Ahad sebelum mendakwa mereka atas kesalahan membunuh dengan niat bersyarat mengikut undang-undang Brazil.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita maut selepas aktiviti terjun tali, pekerja lupa pasang tali keselamatan

Iklan

Maut aktiviti terjun tali: Catatan terakhir mangsa tular

Lokasi kejadian di Sao Paolo.-Foto NBC NEWS.

Iklan

Pertuduhan itu digunakan terhadap individu yang tidak berniat membunuh, namun melakukan tindakan berbahaya dengan menyedari risiko yang boleh membawa maut.

Penyiasat polis, Andrea Levy berkata, ketiga-tiga suspek mengakui mangsa tidak disambungkan pada tali keselamatan, namun gagal menjelaskan siapa yang bertanggungjawab melakukan pemeriksaan akhir terhadap peralatan tersebut.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan mangsa diangkat oleh dua lelaki sebelum dicampakkan dari tepi jambatan, manakala seorang lagi individu berdiri berhampiran.

Mangsa dilihat memakai topi keledar, tetapi tiada tali keselamatan kelihatan dipasang pada tubuhnya.

Menurut laporan media tempatan, mangsa dikatakan meminta untuk melakukan lompatan ala kapal terbang sambil merakam pengalaman itu menggunakan kamera aksi.

Aktiviti terjun tali berbeza daripada bungee jumping kerana menggunakan tali pendakian yang menghasilkan ayunan seperti bandul, bukannya tali elastik yang menyebabkan peserta melantun secara menegak.

Kematian tragis itu mencetuskan kesedihan di Brazil apabila keluarga dan rakan-rakan mangsa membanjiri media sosial dengan ucapan penghormatan.

Ibu mangsa dalam satu hantaran menyifatkan kehilangan anaknya sebagai sesuatu yang amat menyakitkan.

"Betapa peritnya pemergianmu. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya menjadi ibu selama 21 tahun. Saya akan sentiasa menyayangimu," tulisnya.

Datuk Bandar Limeira, Murilo Felix pula memaklumkan pihak berkuasa tempatan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Persekutuan kerana didakwa gagal menangani isu keselamatan di kawasan jambatan tersebut meskipun amaran telah dibuat sejak lebih setahun lalu.

Beliau menyifatkan tragedi yang meragut nyawa wanita muda itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima dan menuntut tindakan segera bagi mengelakkan kejadian sama berulang.-Agensi