KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud melanda wilayah Sulawesi, Indonesia pada 11.27 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) dengan pusat gempa dikesan di 41 km tenggara Palu, Indonesia.