Enam lembu mati dibaham harimau
Iklan
Lembu ditemukan mati dipercayai akibat serangan harimau di Ladang Sungai Mok dekat sini dalam kejadian yang berlaku sejak Jumaat lalu. Foto Polis Rompin
ROMPIN - Enam ekor lembu milik seorang peneroka Felda ditemukan mati dipercayai akibat serangan harimau di Ladang Sungai Mok dekat sini dalam kejadian yang berlaku sejak Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, pemilik ternakan berusia 60 tahun itu menemui bangkai haiwan berkenaan ketika melakukan pemeriksaan di kawasan ladang kira-kira jam 8 pagi pada 13 Jun lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, hasil pemerhatian mendapati terdapat kesan gigitan pada bahagian leher enam lembu baka Brahman terdiri daripada lima betina dan seekor jantan.
“Pemilik ternakan turut menemui kesan tapak kaki yang dipercayai milik harimau di lokasi kejadian.
Iklan
“Kejadian dipercayai berlaku secara berperingkat dari 13 hingga 15 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, pengadu membuat laporan di Balai Polis Kuala Rompin bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut dijalankan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Iklan
Jelasnya, kerugian akibat kejadian itu dianggarkan berjumlah RM6,300.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nahas empat maut: Kiriman swafoto makan nasi Arab jadi kenangan terakhir keluarga"><meta itemprop="description" content="Kiriman sekeping swafoto ketika menikmati hidangan nasi Arab di sebuah restoran di Kuala Lumpur menjadi kenangan terakhir empat beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap treler dalam nahas di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Bentong pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Tragedi menyayat hati itu mengorbankan A Halim Hasoon, 55, isterinya Rozita Buang, 58, anak perempuan mereka Norbahyah A Halim, 26, serta cucu perempuan, Nayla Afya Aizat, 1.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783884/edisi/pahang/nahas-empat-maut-kiriman-swafoto-makan-nasi-arab-jadi-kenangan-terakhir-keluarga
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #Temerloh #nahas #Treler"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-15T08:14:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/bdmjA1gBxHXbr7V9p/x120"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xafsdoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xafsdoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xafsdoq"></script>