'Sasar mangsa luar negara, sindiket online jerat tawar khidmat seks, cinta palsu'

Iklan
Shazeli menunjukkan rampasan wang tunai melibatkan sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang dirampas dalam serbuan di Country Heights, Kajang.

SHAH ALAM - Sindiket penipuan dalam talian yang menjerat mangsa warga Eropah, Amerika Syarikat serta China dengan menawarkan khidmat seks, cinta, kerja sambilan palsu dan pelaburan tidak wujud dibongkar polis baru-baru ini.

Serbuan bermula 8 hingga 10 Jun lalu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Serdang serta Shah Alam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, serbuan dijalankan di Bandar Mahkota Cheras dan Country Heights, Kajang, manakala dua lagi serbuan di Seri Kembangan, Serdang dan Setia Alam, Shah Alam.

Menurutnya, seramai 41 warga asing termasuk 11 wanita berusia lingkungan 18 hingga 48 tahun berjaya diberkas.

Iklan

Antara barang kes yang dirampas polis dalam serbuan sindiket penipuan dalam talian baru-baru ini.

Menurutnya, pelbagai barang dirampas seperti 74 unit telefon bimbit, 24 unit komputer riba, router (6 unit), modem (2 unit) selain wang tunai bernilai RM304,200 serta beberapa mata wang asing selain dua kenderaan jenis Rollys Royce serta Lexus

Iklan

"Kesemua suspek disyaki berperanan sebagai operator dengan bayaran gaji sekitar RM5,000 hingga RM10,000.

"Modus operandi sindiket ialah beroperasi di kediaman mewah termasuklah banglo dua dan tiga tingkat selain suspek yang berperanan sebagai operator ini akan membuat panggilan telefon kepada mangsa dengan memujuk serta mempromosi tawaran.

"Bila ada komitmen dari mangsa, talian kemudian disambungkan kepada individu lain," katanya dalam sidang akhbar di IPK Selangor di sini pada Isnin.

Mengulas mengenai tawaran khidmat seks tidak wujud, katanya, kegiatan itu dilakukan melalui aplikasi Telegram dengan menyasarkan mangsa warga Eropah.

Tambah Shazeli, siasatan sedang dijalankan termasuk semakan dokumen pengenalan diri suspek.

"Sindiket ini tidak mempunyai kaitan dan melibatkan empat kumpulan berbeza yang aktif sekak Januari hingga April lepas," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 120; Kanun Keseksaan.