MEXICO CITY - Seorang lelaki warga Mexico yang membuat isyarat rasis mengejek ciri mata orang Asia ketika perlawanan Korea Selatan menentang Republik Czech pada Jumaat lalu akhirnya memohon maaf selepas klip tular mengundang kecaman banyak pihak.
Rakaman itu meraih perhatian ramai selepas pempengaruh terkenal dari Seoul dikenali sebagai Yoon Su-jin berkongsi klip tersebut dengan kapsyen: "Anda mengembara ke seluruh dunia untuk menyaksikan Piala dunia dan berdepan insiden berunsur perkauman."