Mekanik raih kejuaraan keenam di Pantai Sepat
Iklan
Mohd Fuad (tiga dari kanan) bergambar bersama pemenang Pertandingan Memancing Jelajah Joran Pantai Timur (JJPT) di Pantai Sepat.
KUANTAN - Pemancing berpengalaman, Wan Mohd Sukairi Wan Sulaiman, 42, menambah koleksi kejayaannya apabila muncul juara Pertandingan Memancing Jelajah Joran Pantai Timur (JJPT) yang berlangsung di Pantai Sepat di sini pada Ahad.
Mekanik yang berasal dari Kuala Terengganu itu menewaskan 341 peserta lain selepas berjaya menaikkan ikan todak seberat 1.165 kilogram (kg) pada jam 12.34 tengah hari.
Iklan
Iklan
Tangkapan tersebut meletakkan beliau di kedudukan teratas carta pertandingan dan kekal sehingga siren penamat dibunyikan pada jam 1 petang.
Kemenangan itu membolehkan Wan Mohd Sukairi membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000.
Iklan
Sebahagian daripada 342 peserta yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Memancing Jelajah Joran Pantai Timur (JJPT) di Pantai Sepat.
Tempat kedua dimenangi Naziani Nadzir, 46, menerusi tangkapan ikan todak seberat 0.545kg yang melayakkannya menerima RM1,000, manakala Mohd Shawary Naeem Nazeri di tempat ketiga selepas menaikkan ikan todak seberat 0.520kg dan membawa pulang RM500.
Iklan
Hadiah kepada pemenang disampaikan Penghulu Mukim Penor, Mohd Fuad Ahmad.
Turut hadir, Presiden West Coast Surfcaster (WCS), Yusuf Harun yang juga penganjur pertandingan.
Menurut Wan Mohd Sukairi, kemenangan itu merupakan kejuaraan keenam sepanjang penglibatannya dalam dunia memancing.
“Saya menggunakan umpan udang putih untuk memancing todak. Pada awalnya saya menyasarkan spesies bersisik termasuk pari, namun apabila melihat keadaan air yang jernih, saya yakin spesies itu tidak berada berhampiran pantai.
“Sebaliknya, saya menjangkakan banyak ikan todak menghampiri kawasan pantai. Malah ramai pemancing lain turut menukar perambut kepada perambut khas untuk memburu spesies itu,” katanya.
Pertandingan yang dianjurkan WCS sempena Tahun Melawat Malaysia itu disertai 342 peserta dari Pahang, Melaka, Johor, Selangor, Terengganu dan Kelantan.
Acara tersebut bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 1 petang.
Sementara itu, Yusuf berkata, siri keempat JJPT yang juga merupakan siri terakhir bagi tahun ini akan berlangsung di Pantai Senok, Kelantan pada 22 Ogos depan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nahas empat maut: Kiriman swafoto makan nasi Arab jadi kenangan terakhir keluarga"><meta itemprop="description" content="Kiriman sekeping swafoto ketika menikmati hidangan nasi Arab di sebuah restoran di Kuala Lumpur menjadi kenangan terakhir empat beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap treler dalam nahas di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Bentong pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Tragedi menyayat hati itu mengorbankan A Halim Hasoon, 55, isterinya Rozita Buang, 58, anak perempuan mereka Norbahyah A Halim, 26, serta cucu perempuan, Nayla Afya Aizat, 1.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783884/edisi/pahang/nahas-empat-maut-kiriman-swafoto-makan-nasi-arab-jadi-kenangan-terakhir-keluarga
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #Temerloh #nahas #Treler"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-15T08:14:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/bdmjA1gBxHXbr7V9p/x120"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xafsdoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xafsdoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xafsdoq"></script>