Mayat isteri dikerat-kerat, disumbat dalam kotak plastik

Iklan
Bau busuk menyengat dari kotak itu membawa kepada penemuan sebahagian anggota tubuh mangsa yang dikerat-kerat. Foto Agensi

BANGKOK - Bahagian tubuh seorang wanita yang dikerat-kerat ditemui dalam sebuah kotak plastik di sebuah unit pangsapuri di daerah Ratchathewi, ibu kota Thailand, minggu lalu.

Penemuan mengerikan itu selepas mangsa yang merupakan seorang pelayan restoran warga Myanmar berusia 34 tahun dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.

Iklan
Iklan

Suaminya yang berumur 35 tahun dan memegang kerakyatan sama disyaki membunuh mangsa.

Pihak berkuasa kini berusaha menjejaki bahagian tubuh yang lain termasuk kepalanya.

Iklan

Pemeriksaan ke atas kediamannya turut menjumpai barang milik mangsa berselerakan.

"Mangsa dipercayai telah dibunuh selama beberapa hari sebelum kotak tersebut dijumpai. Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suaminya meninggalkan rumah mereka dengan membawa bagasi besar.

Iklan

"Pihak berkuasa kini berusaha untuk menjejaki lelaki tersebut yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah kelab.

"Siasatan awal mendapati pembunuhan dipercayai berpunca daripada pertengkaran selepas suspek mengesyaki isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain," menurut laporan media. - Agensi