Perleceh gencatan senjata, tentera Israel lancar serangan udara di Lubnan

Iklan
Orang ramai mencari mangsa yang terselamat di lokasi serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada 14 Jun 2026. Foto AFP

BEIRUT - Tentera Israel melancarkan serangan udara di pinggir selatan ibu kota Lubnan, Beirut pada Ahad ketika gencatan senjata masih berjalan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pesawat perang mengebom Dahiyeh tanpa amaran awal, kata seorang wartawan Anadolu.

Iklan
Iklan

Dua letupan kedengaran di kawasan itu, dengan asap kelihatan dari tapak yang disasarkan, tambahnya.

Tentera Israel meneruskan kempen pengeboman ke atas Lubnan sejak 2 Mac dan menduduki beberapa bandar di selatan negara itu.

Iklan

Serangan Israel telah membunuh lebih 3,700 orang, mencederakan hampir 11,500, dan lebih 1.5 juta kehilangan tempat tinggal sejak 2 Mac, menurut pegawai Lubnan. - Bernama-Anadolu

 

Iklan