Cadangan elaun pelajar Tingkatan Enam dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu depan - Fadhlina

Iklan
Fadhlina. Foto: Bernama

BUTTERWORTH - Cadangan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, perkara itu akan disampaikan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang dari lawatan ke Turkmenistan.

Iklan
Iklan

Fadhlina berkata, kerajaan sebelum ini turut memperjuangkan pemberian elaun kepada pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), yang kini telah menerima kemudahan berkenaan.

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.

Iklan
Iklan

Program sehari itu menghimpunkan kira-kira 950 peserta dan menjadi platform dialog antara golongan muda, pemimpin, penggubal dasar serta penganalisis bagi membincangkan isu pendidikan, ekonomi, pekerjaan dan kos sara hidup. - Bernama