Pusingan U haram punca laluan masuk Istana Mahkota jadi lokasi kemalangan
Iklan
Tangkap layar kenyataan media berhubung pusingan U haram punca laluan masuk Istana Mahkota jadi lokasi kemalangan pada Jumaat.
PEKAN – Sebanyak 14 kemalangan termasuk dua kes maut direkodkan di laluan masuk ke Istana Mahkota di Kilometer 4 Jalan Pekan-Kuantan sejak tahun 2024 hingga Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, dua kemalangan maut berlaku pada tahun 2024, manakala 10 lagi kes dicatatkan sepanjang tahun lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, dua insiden turut dilaporkan di kawasan sama.
"Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada tindakan segelintir pemandu yang membuat pusingan U di tempat larangan sehingga mengundang risiko kepada pengguna lain.
Iklan
"Laluan itu hanya dikhaskan untuk kegunaan kenderaan petugas istana dan orang ramai dilarang membuat pusingan U di kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, tindakan saman boleh diambil mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengabaikan isyarat lalu lintas dengan kompaun sebanyak RM300.
Iklan
Sehubungan itu, Mohd Zaidi berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan telah menjalankan penguatkuasaan terhadap pengguna jalan raya yang mengabaikan isyarat lalu lintas di kawasan tersebut.
Jelasnya, sebanyak 96 keping saman telah dikeluarkan sepanjang tempoh Januari hingga Mei dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan.
"Kita menasihatkan pengguna jalan raya supaya membuat pusingan U di lokasi yang dibenarkan iaitu di lampu isyarat Hotel Ancasa demi keselamatan semua pihak.
"Pengguna jalan raya hendaklah sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah serta mematuhi semua peraturan jalan raya," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nahas empat maut: Kiriman swafoto makan nasi Arab jadi kenangan terakhir keluarga"><meta itemprop="description" content="Kiriman sekeping swafoto ketika menikmati hidangan nasi Arab di sebuah restoran di Kuala Lumpur menjadi kenangan terakhir empat beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap treler dalam nahas di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Bentong pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Tragedi menyayat hati itu mengorbankan A Halim Hasoon, 55, isterinya Rozita Buang, 58, anak perempuan mereka Norbahyah A Halim, 26, serta cucu perempuan, Nayla Afya Aizat, 1.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783884/edisi/pahang/nahas-empat-maut-kiriman-swafoto-makan-nasi-arab-jadi-kenangan-terakhir-keluarga
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #Temerloh #nahas #Treler"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-15T08:14:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/bdmjA1gBxHXbr7V9p/x120"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xafsdoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xafsdoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xafsdoq"></script>