Ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan dan 9 negeri malam ini

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta sembilan negeri hingga 9 malam ini. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta sembilan negeri hingga 9 malam ini.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim) serta Terengganu (Dungun dan Kemaman).

Iklan
Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan di Selangor (Hulu Selangor dan Gombak), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Johor (Batu Pahat dan Pontian).

Di Sabah, kawasan yang diramal terjejas ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau) dan Sandakan (Beluran).

Iklan
Iklan

Di Sarawak pula, keadaan sama dijangka melanda beberapa daerah termasuk Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. - Bernama