Suri rumah menang Pertandingan Karya Anak Pahang berturut-turut
Iklan
Nur Azian mencatat kemenangan berturut-turut dari Januari hingga April dalam Pertandingan Karya Anak Pahang.
KUANTAN – Seorang suri rumah tidak menyangka mampu mencatat kemenangan berturut-turut dari Januari hingga April dalam Pertandingan Karya Anak Pahang, sekali gus membuktikan bakat kreatif boleh muncul daripada pelbagai latar belakang.
Nur Azian Othman, 39, berkata, walaupun sibuk mengurus rumah tangga, namun tiada menghalangnya untuk terus aktif menghasilkan karya kreatif melalui penulisan fotografi.
Iklan
Iklan
Dia mengakui mula menyertai pertandingan itu sejak awal tahun dan menghantar penyertaan secara konsisten setiap bulan sebagai usaha mencabar kemampuan diri.
“Setakat ini saya sudah menyertai sekitar enam hingga tujuh kali dan untuk kali ini, saya bersyukur kerana berjaya meraih beberapa kemenangan dan membawa pulang RM800.
Iklan
“Jika dikira, dari Januari hingga April saya tak putus-putus meraih kemenangan dan alhamdulillah ia memberi semangat untuk terus berkarya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Karya Anak Pahang di Unit Komunikasi Strategik di sini pada Jumaat.
Khairul Anwar menyampaikan hadiah kepada Muhammad Azmi yang menang dalam pertandingan Karya Anak Pahang pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Karya Anak Pahang di Unit Komunikasi Strategik pada Jumaat.
Iklan
Nur Azian antara 100 pemenang yang disampaikan Pengarah Komunikasi Strategik Negeri Pahang, Khairul Anwar Ahmad Nadzer.
Seorang lagi pemenang, Muhammad Azmi Ma'ani, 20, pula memilih pendekatan berbeza dalam kategori video kreatif berdurasi satu minit apabila menyuntik elemen gubahan suara yang diiringi petikan gitar dimainkan sendiri.
Penuntut Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP) itu berkata, idea tersebut tercetus secara spontan selepas melihat kebanyakan peserta lain gemar menghasilkan video di luar rumah.
“Pada mulanya saya sertai sekadar mahu mencuba nasib sahaja tapi tak sangka keunikan itu membawa rezeki.
"Hari ini saya berjaya meraih hadiah wang tunai RM200 menerusi karya bertemakan kepimpinan dan kejayaan masa depan ini,” katanya yang akan menyertai pertandingan ini pada masa akan datang.
Khairul Anwar menyampaikan ucapan di hadapan pemenang sebelum majlis Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Karya Anak Pahang pada Jumaat.
Sementara itu, Nurin Batrisha Zuraini, 20, berkata, penyertaan sulungnya menerusi gambar bertemakan 'Pahang 1st' terus memikat hati panel juri untuk dinobatkan sebagai pemenang.
"Sebenarnya perasaan memang sangat teruja sebab ini kali pertama saya cuba hantar karya dan tidak sangka terus terpilih.
"Kedatangan saya hari ini pun berteman dengan mak dan ayah yang sentiasa memberi sokongan," luahnya yang turut menghantar video kreatif.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nahas empat maut: Kiriman swafoto makan nasi Arab jadi kenangan terakhir keluarga"><meta itemprop="description" content="Kiriman sekeping swafoto ketika menikmati hidangan nasi Arab di sebuah restoran di Kuala Lumpur menjadi kenangan terakhir empat beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap treler dalam nahas di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Bentong pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Tragedi menyayat hati itu mengorbankan A Halim Hasoon, 55, isterinya Rozita Buang, 58, anak perempuan mereka Norbahyah A Halim, 26, serta cucu perempuan, Nayla Afya Aizat, 1.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783884/edisi/pahang/nahas-empat-maut-kiriman-swafoto-makan-nasi-arab-jadi-kenangan-terakhir-keluarga
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #Temerloh #nahas #Treler"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-15T08:14:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/bdmjA1gBxHXbr7V9p/x120"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xafsdoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xafsdoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xafsdoq"></script>