Peluru berpandu AS musnahkan tangki air di selatan Iran

Iklan
Jet pejuang AS ditempatkan atas kapal induk USS Theodore Roosevelt. Agensi

TEHERAN - Serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) memusnahkan dua tangki air strategik di daerah Sirik, selatan Iran, pada awal Rabu, memutuskan bekalan air minum ke beberapa kampung, lapor Agensi Berita Mehr.

Abdolhamid Hamzehpour, pengarah urusan Syarikat Air dan Air Sisa Wilayah Hormozgan, berkata"serangan peluru berpandu oleh tentera Amerika" melanda beberapa jam sebelum subuh, menyasarkan infrastruktur pengagihan air utama.

Iklan
Iklan

Sebuah tangki berukuran 500 meter padu dan tangki berukuran 2,000 meter padu, yang kedua-duanya memainkan peranan penting dalam membekalkan air minum ke daerah Bemani dan Kuhestak, musnah sepenuhnya.

Bekalan air ke semua kampung di Bemani dan bandar Kuhestak telah terjejas, kata Hamzehpour.

Iklan

Pasukan operasi dan pengurusan krisis sedang berusaha untuk melaksanakan langkah alternatif bagi memastikan bekalan air yang stabil. - Bernama

 

Iklan