Kuwait tutup ruang udara, sistem pertahanan pintas serangan

Iklan
Pihak berkuasa penerbangan awam Kuwait mengumumkan penutupan sementara ruang udara negara dan pengalihan penerbangan ke lapangan terbang alternatif susulan apa yang disifatkannya sebagai "pencerobohan Iran."

ISTANBUL - Tentera Kuwait pada Khamis memaklumkan sistem pertahanan udara negara itu memintas serangan musuh selaras dengan prosedur operasi yang diluluskan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan, tentera menyatakan pihak pertahanan bertindak balas terhadap serangan itu sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan yang berterusan, tanpa memberikan butiran lanjut.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa penerbangan awam Kuwait kemudian mengumumkan penutupan sementara ruang udara negara dan pengalihan penerbangan ke lapangan terbang alternatif susulan apa yang disifatkannya sebagai"pencerobohan Iran."

Pihak berkuasa menambah ruang udara Kuwait akan dibuka semula dan trafik udara disambung sebaik sahaja bahaya berakhir.

Iklan
Iklan

Dalam perkembangan lain, Kementerian Dalam Negeri Bahrain mengumumkan pengaktifan siren amaran dan menggesa rakyat dan penduduk supaya bertenang dan menuju ke lokasi selamat yang terdekat. - Bernama/Anadolu