Sultan Kelantan lawat tapak 29 rumah terbakar, santuni mangsa
Iklan
Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat tapak kebakaran di Kampung Cina, Gok Kapur, Kota Bharu yang memusnahkan 29 buah rumah pada malam Rabu. Foto USTAZ ASRI MAT DAUD
KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat tapak kebakaran di Kampung Cina, Gok Kapur di sini yang memusnahkan 29 buah rumah pada malam Rabu.
Baginda turut menyantuni mangsa kebakaran serta mengurniakan sumbangan kepada mereka yang terlibat.
Iklan
Iklan
Perkara tersebut dikongsikan oleh Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi beliau.
"Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada saat rakyat berdepan ujian dan kesusahan merupakan manifestasi kasih sayang seorang Raja yang sentiasa dekat di hati rakyat," tulisnya.
Iklan
Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat tapak kebakaran di Kampung Cina, Gok Kapur, Kota Bharu yang memusnahkan 29 buah rumah pada malam Rabu. Foto:USTAZ ASRI MAT DAUD
Beliau berkata, kehadiran Tuanku bukan sahaja membawa semangat dan kekuatan kepada mangsa-mangsa terlibat, malah menjadi sumber ketenangan serta pengharapan kepada seluruh penduduk yang terkesan.
Iklan
"Sesungguhnya, rakyat menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keprihatinan Tuanku yang berkenan turun padang meninjau sendiri keadaan mangsa serta menzahirkan rasa simpati dan dukacita terhadap musibah berlaku.
Sultan Muhammad V turut menyantuni mangsa kebakaran serta mengurniakan sumbangan kepada mereka yang terlibat.Foto:USTAZ ASRI MAT DAUD
"Semoga ALLAH SWT mengurniakan kesejahteraan, keafiatan dan keberkatan yang berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku selain terus memayungi negeri, rakyat dengan penuh hikmah serta kebijaksanaan," katanya.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.