Helikopter tentera Pakistan terhempas, semua anggota terkorban

Iklan
Sebuah helikopter Mi-17 Tentera Pakistan terhempas berhampiran Muzaffarabad pada Rabu. Foto Anadolu Ajansi

ISLAMABAD - Sebuah helikopter Mi-17 Tentera Pakistan terhempas berhampiran Muzaffarabad pada Rabu ketika berlepas akibat masalah teknikal yang dilaporkan, menurut pihak tentera, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR), semua anggota yang berada di dalam pesawat itu terkorban dalam nahas berkenaan.

Iklan
Iklan

Helikopter itu merupakan sebahagian daripada operasi penerbangan Tentera Pakistan, terhempas sejurus berlepas di kawasan pergunungan Kashmir yang ditadbir Pakistan, juga dikenali sebagai Azad Jammu dan Kashmir.

Pasukan mencari dan menyelamat serta pemulihan segera dihantar ke lokasi nahas untuk mengeluarkan mayat mangsa dan mengawal kawasan berkenaan.

Iklan

ISPR berkata, satu lembaga siasatan telah diarahkan bagi menentukan punca sebenar masalah teknikal yang menyebabkan nahas itu.

Butiran lanjut mengenai identiti dan jumlah anggota tentera yang berada di dalam helikopter itu masih belum didedahkan. - Bernama

Iklan