BRUSSELS – Dunia mengalami Mei kedua paling panas dalam rekod dengan sebahagian kawasan Eropah dilanda gelombang haba luar biasa yang disifatkan sebagai 'normal baharu', menurut Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus pada Rabu.
Suhu ekstrem dicatatkan di Britain, Perancis, Ireland dan Portugal apabila fenomena 'kubah haba' yang membawa udara panas dari Afrika Utara menyebabkan suhu meningkat jauh melebihi paras normal di seluruh Eropah Barat