JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas Johor itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ketua Penerangan Pas Johor, Mohd Firdaus Jaffar berkata, pelantikan Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu dibuat bagi memperkukuhkan gerak kerja parti.