Kerja pemotongan besi punca kebakaran bangunan bekas Pawagam Odeon
Iklan
Hasil siasatan forensik bomba mendapati kebakaran itu berpunca daripada kemalangan ketika kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan di dalam premis berkenaan.
GEORGE TOWN – Kerja pemotongan besi menggunakan peralatan 'oxy-cutter' dikenal pasti sebagai punca kebakaran bangunan bekas Pawagam Odeon, Jalan Penang di sini yang mengorbankan seorang lelaki warga Rohingya pada 30 Mei lalu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, hasil siasatan forensik bomba mendapati kebakaran itu berpunca daripada kemalangan ketika kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan di dalam premis berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis menunjukkan dua daripada tiga pekerja sedang melakukan kerja pemotongan besi menggunakan set 'oxy-cutter' ketika kejadian berlaku.
“Berdasarkan hasil siasatan dan rakaman CCTV, sisa leburan logam panas yang terhasil daripada kerja pemotongan tersebut telah jatuh ke bahagian bawah lalu menyalakan bahan mudah terbakar yang berada di kawasan berkenaan.
Iklan
“Api kemudiannya merebak dan menyebabkan kebakaran pada struktur bangunan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, kebakaran itu melibatkan sebuah bangunan warisan dua tingkat yang dahulunya menempatkan pusat hiburan dengan keluasan kira-kira 18 meter x 50 meter.
Iklan
Kebakaran melibatkan sebuah bangunan warisan dua tingkat yang dahulunya menempatkan pusat hiburan.
Katanya, hasil siasatan turut mendapati kebakaran bermula di tingkat bawah premis berhampiran bahagian belakang bangunan berdasarkan keterangan saksi yang juga salah seorang daripada dua mangsa yang terselamat.
“Unit Anjing Pengesan (K9) turut menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian dan mengesahkan tiada sebarang pengesanan bahan pemecut kebakaran (accelerant).
“Sehubungan itu, punca kebakaran disahkan sebagai kemalangan dengan sumber nyalaan dikenal pasti daripada obor pemotong 'oxy-acetylene',” ujarnya.
Mohamed Shoki berkata, nilai kerugian dan harta benda yang terlibat masih dalam siasatan lanjut.
Sebelum ini media melaporkan, dalam kejadian itu, seorang lelaki warga Rohingya dikenali sebagai Mohamad Boshi Sabi Ullah berusia 56 tahun ditemukan meninggal dunia di ruang tingkat bawah berhampiran pintu masuk hadapan premis.
Bangunan yang sebelum ini menempatkan kelab malam Midnight Black itu terbakar kira-kira jam 8.30 malam.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.