Ibu dua beradik jatuh tingkat 12 pangsapuri ditahan bantu siasatan

Iklan
Polis telah menahan ibu kanak-kanak yang maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Tampoi, semalam.

JOHOR BAHRU - Polis telah menahan ibu kanak-kanak yang maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Tampoi, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara menahan wanita warga asing berumur 37 tahun itu di kawasan Tampoi pada jam 12 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan juga didapati negatif," menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, suspek ditahan reman selama empat hari, yang bermula hari ini.

Iklan

Ab Rahaman berkata, beberapa saksi turut dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pada masa sama, beliau menyeru orang ramai agar memberi ruang kepada pihak polis melakukan siasatan menyeluruh dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

Iklan

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, mangsa yang berumur lapan tahun ditemukan di aras tujuh pangsapuri berkenaan pada jam 7.59 pagi diikuti abangnya, 10, selang seminit kemudian.

Insiden tragis itu turut tular di platform Threads selepas dimuat naik oleh orang awam yang berada di sekitar kolam renang berhampiran lokasi kejadian. - Bernama