PUTRAJAYA - Pengagihan kerusi parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan secara umum sudah dimuktamadkan di peringkat sekretariat gabungan itu dengan senarai rasmi dijangka disahkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH dalam masa terdekat.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengagihan kerusi itu telah dipersetujui menerusi mesyuarat Sekretariat PH yang dipengerusikannya, namun berdasarkan amalan dan formaliti keputusan tersebut perlu dibentangkan kepada Majlis Presiden PH untuk dimuktamadkan.