Aliran trafik menghala ibu kota mula perlahan petang ini
Iklan
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menuju ke ibu kota dilaporkan bergerak perlahan setakat jam 2 petang ini. Foto hiasan Bernama
KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menuju ke ibu kota dilaporkan bergerak perlahan setakat jam 2 petang ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, pertambahan kenderaan itu disebabkan orang ramai mula pulang ke kediaman masing-masing pada hari terakhir cuti sekolah pertengahan tahun selain selepas cuti umum berganda baru-baru ini.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, walaupun berlaku peningkatan jumlah kenderaan, keadaan trafik secara keseluruhan masih terkawal dan tiada kesesakan luar biasa atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E1 bagi arah selatan, pergerakan trafik dilaporkan perlahan dari Seberang Jaya menuju ke Prai, selain dari Bandar Cassia ke Jawi.
Iklan
"Bagi Laluan E2 pula, aliran kenderaan turut dikesan perlahan dari Senawang ke Port Dickson serta selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke pusat bandar," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke barat (ibu kota), pergerakan trafik perlahan dikesan dari Gambang ke Sri Jaya serta laluan dari Lentang ke Bukit Tinggi.
Iklan
Sebagai langkah proaktif, pihak berkuasa lebuh raya telah mengaktifkan laluan Smart Lane (laluan kecemasan) di beberapa lokasi strategik bagi mengurangkan kepadatan kenderaan dan melancarkan perjalanan.
Sementara itu, aliran trafik keluar dari ibu kota menuju ke arah utara mahupun selatan dilaporkan lancar tanpa sebarang gangguan.
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memandu dengan cermat dan mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang perjalanan pulang. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Presiden NGO tak mengaku salah, dakwa dewan RM2 juta siap 100 peratus"><meta itemprop="description" content="Presiden NGO tak mengaku salah, dakwa dewan RM2 juta siap 100 peratus
Seorang presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu pada Rabu atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dengan memperoleh peruntukan pembinaan sebuah dewan berjumlah RM2 juta.
Makinsos Nawai, 67, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Andi Razalijaya A Dadi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789022/berita/semasa/presiden-ngo-tak-mengaku-salah-dakwa-dewan-rm2-juta-siap-100-peratus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #salahgunakuasa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-23T03:23:56.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xardq42"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xardq42"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xardq42"></script>