Keterangan Jaslinda penting bantu siasatan - Polis

Iklan
Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih.

TAPAH - Polis akan merakam keterangan Jaslinda Saludin, 49, dalam masa terdekat sebaik sahaja keadaan kesihatan pendaki wanita itu mengizinkan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan orang hilang (OH) sejak 23 Mei lalu dan keterangan daripada Jaslinda penting bagi membantu siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

Jaslinda ditemui dalam keadaan selamat selepas dilihat berjalan seorang diri di atas jambatan di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh, Tapah.

"Keterangan daripada penduduk Orang Asli yang menemukan mangsa sudahpun direkodkan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'

Jaslinda sudah ditemui - Polis

Iklan

Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba

'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda

"Siasatan lanjut mengenai kejadian itu akan diteruskan selepas kita mendapatkan keterangan daripada mangsa.

Beliau berkata, Jaslinda masih ditempatkan di Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.

Katanya, berdasarkan laporan kesihatan dikeluarkan, mangsa disahkan mengalami kecederaan pada bahagian buku lali kaki kiri.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda

'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - Jaslinda

Saya tahu orang rumah saya kuat - Suami Jaslinda

Operasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira

'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — Jaslinda

“Keadaan kesihatan keseluruhan mangsa masih memerlukan penilaian lanjut oleh pihak hospital dan polis akan mendapatkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

Jaslinda yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada 24 Mei ditemukan dalam keadaan selamat pada Sabtu. Foto tular

Pada Sabtu, Jaslinda ditemui dalam keadaan selamat selepas dilihat berjalan seorang diri di atas jambatan di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh, Tapah.

Kehadiran itu disedari penduduk orang asli, Bah Roslan Bah Sulpok, 51, yang sedang memancing sekitar jam 5.10 petang.